Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam bersama barisan kepimpinan kerajaan Sabah di sebuah hotel di sini, malam ini.

Ketibaan Perdana Menteri jam 7.27 malam diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal serta Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.null

Dalam majlis berlangsung satu jam itu, tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian artis tempatan Sabah. 

Terdahulu, Anwar tiba di Kota Kinabalu jam 7.10 malam, sebelum menghadiri majlis makan malam itu yang menjadi sebahagian daripada program dihadiri beliau dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Sabah.

Esok, Perdana Menteri dijadual melawat FELDA Sahabat di Lahad Datu pada sebelah pagi bagi menghadiri Karnival Segalanya FELDA, sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu, yang turut dihadiri Hajiji serta anggota majlis lain.

Anwar dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang.-BH Online