Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

VLADIVOSTOK: Malaysia tidak menyokong sebarang usaha memperkukuh kuasa pertahanan untuk menyerang negara lain, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu wawancara bersama RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.

“Tetapi jika ditanya mengenai pendirian kami, ia adalah untuk keamanan. Oleh itu, kami tidak menyokong sebarang usaha meningkatkan pertahanan atau persenjataan untuk menyerang mana-mana negara,” kata nya di luar sidang Forum Ekonomi Timur (EEF).

Dalam temu bual sama, Anwar turut menyuarakan keterujaannya berhubung lawatannya ke Russia dan beliau berhasrat melawat St Petersburg serta Moscow.null

“Saya teruja. Saya akan menyebut dalam kuliah saya hari ini bahawa saya mengenali Russia lebih melalui novel (Boris) Pasternak, puisi Anna Akhmatova dan (Lev) Tolstoy.

“Saya sangat menantikan lawatan ke Moscow, khususnya St Petersburg, yang saya rasa antara bandar paling menakjubkan di dunia,” katanya.

EEF bermula pada Selasa hingga hari ini dan Sputnik ialah rakan media rasmi forum itu.

– BERNAMA-SPUTNIK