Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Kementerian Komunikasi bersedia bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjadikan program #QuranHour sempena Hari Kebangsaan sebagai acara tahunan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata program-program keagamaan perlu ditingkatkan sebagai peringatan yang baik, dengan penyampaian kandungan yang selaras dengan ajaran Islam dan mesej kerajaan.

“Untuk tahun-tahun akan datang, saya ingin melihat program seperti ini dimasukkan dalam kalendar tahunan sambutan Hari Kebangsaan. Kementerian Komunikasi bersedia bekerjasama dengan Menteri Agama untuk merealisasikan hasrat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Malaysia #QuranHour 1446H/2024M bertemakan ‘Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara’ di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini.

Lebih 1,000 peserta hadir pada program tersebut yang memfokuskan kepada memahami dan menghayati Rukun Negara melalui perspektif al-Quran.-Berita RTM