Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Oleh: Noraini Nordin

Selepas Sungai Bakap , hari ini Dun Nenggiri pula menjadi tumpuan .

Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) pagi ini berlangsung di Dewan Perdana, Kompleks Perdana , Gua Musang .

Nenggiri yang sepi kini mula hiruk pikuk dengan kehadirian ribuan jentera dan penyokong calon-calon yang datang dari seluruh negara.

Sewaktu berkunjung ke Nenggiri penulis berpeluang bertemu dengan
calon Kerajaan Perpaduan iaitu Mohd Azmawi Fikri Haji Abdul Ghani.

Mohd Azmawi Fikri, 38 tahun adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang dan juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan.

Kami dipertemukan sewaktu beliau turut hadir dalam
Program Sumbangan Kasih Asnaf
Anjuran Tekun Nasional dan Yayasan Bank Rakyat.
Kerjasama Pertubuhan Mawarddah Kampung Limau Kasturi pada
27 Julai lalu .

Program ini dihadiri lebih 160 peserta yang berlangsung di Dewan Orang Ramai, Kampung Limau Kasturi, Nenggiri.

Menariknya wajah muda calon Perpaduan ini mudah mendapat perhatian kerana sifat tidak kekok dan mudah mesra beliau sewaktu menyantuni peserta termasuk termasuklah warga emas.

Pasti pengundi meletakkan harapan tinggi kepada pemimpin muda ini untuk menjadi wakil rakyat baharu mereka di Nenggiri.

KAHWIN ORANG KAMPUNG BERTAM

“Sejak berusia lapan tahun saya membesar di Nenggiri.
Isteri saya pun orang Nenggiri dari Kampung Bertam.
“Sudah pasti saya amat bersedia berkhidmat untuk pengundi DUN ini. Serta mengharapkan pengundi memilih saya sebagai wakil rakyat baharu mereka, ” jelas beliau terus terang.

Ternyata keazaman Mohd Azmawi bukan impian kosong.

Tidak mustahil beliau mampu mengubah landskap wakil DUN Nenggiri.

Untuk rekod daripada data berasaskan PRU 15 – Jumlah pengundi Nenggiri seramai 20, 219 orang
yang melibatkan 20 Daerah Mengundi, terdiri daripada 46 Saluran dan 44 Lokaliti.

Kelebihan bagi Calon Perpaduan ini adalah – seramai 2, 600 pengundi adalah Orang Asli (yang juga disebut orang asal) melibatkan lima Daerah Mengundi.

Empat Daerah Mengundi terdiri daripada 7, 116 Pengundi RKT Kesedar dan 1 Daerah Mengundi dengan Pengundi 1, 721 Pengundi adalah Peneroka FELDA.
Pengundi Kampung Tradisi meliputi 8,855 orang.

Rata pengundi-pengundi tersebut mesra Perpaduan .

Dalam pada itu menurut Mohd Azmawi Fikri semangat untuk menawan pengundi Nenggiri semakin tinggi dengan kehadiran jentera dari Perpaduan yang sudah berkampung sejak dua minggu lalu.

“Berilah peluang untuk saya menjadi wakil rakyat baru Nenggiri.

In Syaa Allah saya akan mengalas tugas dengan sebaiknya, ” jelas bekas pelajar SMK Tengku Indra Petra ini.

Sementara itu, pelancaran jentera Barisan Nasional PRK DUN Nenggiri yang diadakan di Balai Raya Bukit Cekati Gua Musang, Kelantan telah dihadiri oleh ribuan jentera Barisan Nasional termasuk Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap Ketua Wanita Barisan Nasional.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Barisan Nasional yang memberikan amanat penuh semangat supaya sokongan padu kepada Mohd Azmawi Fikri.

Dengan gerak kerja yang tersusun serta kemas lorong kemenangan terbuka untuk calon Perpaduan .

Ayuh..bangkit semua .Kita raikan Perpaduan di Nenggiri dan bantu Mohd Azmawi Fikri menang bergaya.-Media Perpaduan