Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan kecekapan bagi memastikan kerajaan dapat memperoleh hasil yang lebih baik tahun ini. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, LHDN memainkan peranan yang besar dalam memastikan kelangsungan kewangan Malaysia di masa hadapan.

Beliau berkata, ini kerana asas percukaian negara adalah sangat kecil dan jika hasil yang dikutip juga rendah, ia berpotensi membawa Malaysia ke dalam masalah kewangan yang besar. 

Justeru, katanya kecekapan perlu dipertingkatkan dengan pelbagai usaha seperti pendigitalan, langkah baharu yang memenuhi keperluan semasa. 

“Beri kerjasama penuh untuk angkat keupayaan dan kecekapan agar kita dapat hasil yang baik. 

“Saya harap LHDN dapat hasil bertambah dari unjuran. Setiap sen dan ringgit dibayar tetapi tidak membebankan rakyat dan syarikat lebih dari had yang ditetapkan,” katanya ketika merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di sini hari ini.-BH Online