Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Negara telah berjaya memecah “tembok kerunsingan” apabila mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.8 peratus pada suku kedua 2024.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pertumbuhan itu merupakan angka yang luar biasa, di luar daripada unjuran yang dikemukakan semua pihak.

“Menerusi Ekonomi MADANI, kita janjikan peluang pekerjaan yang lebih baik, latihan lebih baik, pemindahan teknologi lebih baik dan ke arah digital serta ke arah transisi tenaga.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat, penghargaan tidak terhingga juga kepada warga pekerja, sama ada di pihak kerajaan mahupun swasta, terima kasih kepada warga profesional dan terima kasih kepada para pelabur yang terus yakin dengan hala tuju Ekonomi MADANI,” katanya menerusi perkongsian di platform media sosial.

Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan ekonomi negara diunjur berkembang 5.8 peratus pada suku kedua.

Ia merupakan pertumbuhan tertinggi sejak suku keempat 2022.-Berita RTM