Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan tiada penurunan dan peningkatan harga barangan luar biasa berlaku selepas penyasaran subsidi diesel dilaksanakan pada Jun lalu.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, berkata ia berdasarkan data diperoleh melalui bahagian harga barang negara yang memantau kira-kira 418 jenis barangan keperluan harian.

“Daripada data diteliti setiap hari tiada turun naik yang luar biasa… maknanya hanya turun naik biasa yang tidak dikaitkan dengan subsidi diesel,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang mahu tahu impak rasionalisasi subsidi diesel terhadap harga barangan dan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Pada masa sama, Fuziah berkata KPDN turut melaksanakan Ops kesan membabitkan 14,195 pemeriksaan ke atas premis bagi memastikan tiada pencatutan.

Beliau berkata, sebanyak 78 peratus penurunan kes ketirisan diesel direkodkan setelah 20 hari penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.

“Sementara 87 peratus penurunan direkodkan berkaitan kes rampasan diesel berbanding 20 hari sebelum dan 20 hari selepas penyasaran subsidi diesel dilakukan.

“Pada minggu pertama penyasaran, kita dapati ada penurunan 27 peratus jualan diesel secara runcit dan kenaikan 44 peratus jualan diesel komersial selain penurunan 24 peratus jualan diesel di sempadan,” katanya.

Kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung pada 10 Jun lalu.-BH Online