Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kerajaan meluluskan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan FELDA bagi Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mengumumkan perkara itu, berkata bantuan berkenaan disasarkan dapat memberi impak positif kepada komuniti FELDA.

“Pembabitan FELDA dalam SejaTi MADANI merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti.

“Justeru, komuniti diberi kebebasan bermusyawarah untuk memutuskan sektor tumpuan seperti pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini, hari ini.-BH Online