Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan meminggirkan kaum India di negara ini.

Sebaliknya Anwar berkata pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan tanpa mengira latar belakang kaum.  

“Kita runding dengan baik, jangan musuh jangan bawa perpecahan, kalau masyarakat India cakap saya dengan baik, saya cuba selesaikan.

“..Ada orang kata MITRA (Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia) tak betul, MITRA sahaja RM100 juta, kemudian TEKUN peniaga kecil india macam mana, kita tambah RM50 juta, kemudian Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini dulu untuk orang kampung yang miskin kita bagi, sekarang AIM tambah RM50 juta bagi masyarakat India.. jadi tak betul kalau kita kata tak ambil tahu,” katanya ketika berucap pada program Santai Bersama Komuniti India Parlimen Tambun di Dewan Komuniti Chemor di sini.