Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa lebih sejam menziarahi Menteri Pendidi,kan, Fadhlina Sidek yang kehilangan ibu beliau Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, yang meninggal dunia pagi tadi. 

Anwar yang tiba di Surau Al-Mujahidin, Desa Surada, Bangi pada jam 12.55 tengah hari ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perdana Menteri kemudian menyertai kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat jenazah yang diimamkan anak kelima Allahyarhamah iaitu Hazim Faizi Siddiq. 

Turut hadir menunaikan solat jenazah ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam, Kajang. 

Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina mengesahkan bahawa Siti Zalikhah, 75, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 9.30 pagi tadi. – BERNAMA