Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Mesyuarat pasca Kabinet minggu lalu memaklumkan bahawa rakyat di negara ini akan hidup bersama virus Covid-19 seperti mana virus lain.

Memaklumkan perkara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr, Zulkefly Ahmad berkata, semua prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penyakit itu juga telah ditamatkan.

“Dalam mesyuarat pasca Kabinet, KKM (Kementerian Kesihatan) memutuskan bahawa kita akan hidup dengan virus Covid-19 dan segala SOP sudah ditamatkan.

‘Kita mengambil sikap untuk memulakan fasa hidup dengan virus berkenaan seperti influenza, chikugunya yang kita perlu turunkan kes,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan program gotong-royong mega perangi Aedes 1.0 peringkat Kebangsaan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Setia Wira di sini sebentar tadi.-KOSMO! ONLINE