Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Tiga dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah di Serdang telah beroperasi sepenuhnya sejak dua hari lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 

Beliau berkata, pada hari pertama operasi dua pesakit dewasa dan dua pesakit kanak-kanak selamat menjalani prosedur, diikuti tiga pesakit dewasa dan dua kanak-kanak pada hari kedua.

“Segala isu berkenaan suhu dan kelembapan telah dapat diatasi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini. null

Dr Dzulkefly berkata dewan bedah keempat di pusat jantung itu pula sedang dalam penyelarasan, dan ia dijangka dapat beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat. 

Beliau seterusnya mengucapkan syabas kepada pasukan pusat jantung itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, warga Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya yang bertungkus-lumus menjayakan operasi pusat berkenaan. 

Sebelum ini Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah Serdang yang dibuka pada Disember 2022 dilaporkan berdepan beberapa isu teknikal, termasuk masalah bekalan elektrik. – BERNAMA