Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan menyampaikan Perutusan Negara pukul 9.00 malam ini.

Menurut Perdana Menteri, perutusan yang akan disiarkan di semua saluran media tempatan menyentuh pelbagai isu.

“Saya akan menyampaikan Perutusan Negara secara langsung di semua saluran media tempatan pada jam 9.00 malam ini.

“Ruang ini akan saya manfaatkan untuk menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara. Mohon rakan-rakan ikut serta, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan.-MalaysiaGazette