Sorting by

×

Hari Wartawan Nasional 2024 (HAWANA 2024) yang dijadual berlangsung di Kuching, Sarawak pada 25 hingga 27 Mei ini bakal menjadi platform perbincangan mengenai Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia.

Justeru, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata pengamal media dari rantau Asia Tenggara turut dijemput menghadiri sambutan berkenaan.

“Saya ingin memaklumkan bahawa sambutan HAWANA akan berlangsung di Kuching dan Insya-Allah, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan merasmikan acara kemuncak pada 27 Mei ini.

“Di kesempatan sama, saya menjemput semua rakan media untuk turut serta dan untuk tahun ini, kita membuka ruang kepada pengamal media di Asia Tenggara untuk mengadakan perbincangan sebagai langkah persediaan Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Fahmi berkata, beliau juga berharap hubungan erat rakan media dari Asia tenggara akan memantapkan lagi kebebasan media dan juga dari segi aktiviti kewartawanan di rantau ini.

Pada tahun ini, HAWANA 2024 bakal diadakan di Kuching, Sarawak selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mei ini.

Sambutan itu mengangkat tema ‘Etika Teras Kewartawanan Mapan’ dengan kemuncak sambutan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-BH Online