Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Isu kelewatan penghantaran pertama helikopter Black Hawk Tentera Darat Malaysia (TDM) yang sepatutnya pada April lalu, akan diuruskan sebagaimana yang disyaratkan dalam kontrak.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jika tiba waktunya, pihak kementerian menilai kontrak itu tidak boleh dilaksanakan, pihaknya akan membuat keputusan sama ada batal, buka tender semula dan sebagainya.nullnull

“Biasa dalam soal-soal perolehan seperti ini dia akan ada kelewatan dan soal kita mengurus kelewatan itu seperti yang terdapat dalam syarat-syarat kontrak.

“Itu sebabnya dalam kontrak kita mengambil kira bahawa perkara seperti ini memang akan terjadi jadi bila ia betul berlaku, maka kita rujuk kepada kontrak.

“Tapi akan ada satu masa (apabila) kita akan menganggap bahawa memang betul-betul tak boleh nak dilaksana maka pada ketika itu kita perlu buat keputusan sama ada batal, buka tender semula dan sebagainya.

“Jadi semuanya dalam keadaan diuruskan sebagaimana yang disyaratkan dalam kontrak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada lawatan kerja ke Kem Mahkota Kluang di sini hari ini. 

Hadir sama, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dilaporkan berkata, penghantaran peringkat pertama itu membabitkan sebuah daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat.

Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada November lalu, bagaimanapun susulan beberapa kekangan membabitkan kontraktor dan pengeluar helikopter berkenaan menyebabkan berlaku sedikit kelewatan.

Ketika ditanya mengenai kenapa kerajaan tidak membeli helikopter berkenaan berbanding dengan sewa, Mohamed Khaled berkata, ia sejajar dengan langkah penjimatan oleh kerajaan. 

“Ya dahulu memang beli (aset ketenteraan) tetapi sekarang ini pendekatan kerajaan untuk memajak kerana ada elemen penjimatan dan sebagainya,” katanya.-BH Online