Sorting by

×

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang merancang pelan tindakan bagi merangsang kebebasan ekonomi golongan asnaf.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pelan tindakan untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan itu akan dibincangkan dengan segera.

“Kami percaya satu pelan tindakan untuk memperkasakan golongan asnaf, diperlukan supaya mereka tidak menjadi penerima bantuan kewangan semata-mata, sebaliknya mengubah mereka menjadi penyumbang dana zakat.

“Kami akan mengadakan sesi perbincangan membabitkan pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), tidak lama lagi, dan menyenaraikan semua cadangan untuk dibincang serta diperhalusi,” katanya pada sidang media selepas Program Tautan Kasih Aidilfitri MADANI di kawasan terbuka Medan Selera Labuan, di sini, hari ini

Beliau memaklumkan, MAIWP kini mentadbir 38 skim bantuan merangkumi pelbagai aspek sokongan seperti pendidikan, bantuan kewangan bulanan, program keusahawanan, pembaikan rumah, perbelanjaan perubatan, pembinaan perumahan dan bantuan sewa rumah. – BERNAMA