Sorting by

×

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan dan pertemuan tertutup ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun itu mendarat kira-kira pukul 3.20 petang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini sebelum terus bergerak menaiki kenderaan rasmi ke kompleks berkenaan.

Beliau tiba di pekarangan Mabna di Kompleks Kota Darul Naim tepat pada pukul 4 petang dengan diiringi Mohd. Nassuruddin dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Hadir sama, Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiomg King Sing, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

Anwar seterusnya akan bergerak ke Hotel Perdana untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Kelantan sebelum ke Kompleks Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung untuk Majlis Sambutan Aidilfitri Madani pada pukul 8 malam ini. – KOSMO! ONLINE