Sorting by

×

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan PRK DUN Kuala Kubu Bharu di sini, malam ini.

Terdahulu, majlis turut bertafakur selama seminit bagi menghormati dan memperingati 10 mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming disebut-sebut sebagai calon untuk mewakili Kerajaan Perpaduan dalam PRK DUN Kuala Kubu Bharu.

Difahamkan, nama Sock Tao, 31, dan berasal dari Ampang pertama kali disebut selepas Pengarah PRK PH bagi DUN Kuala Kubu Bharu, Ng Sze Han menyatakan 10 nama berpotensi disenarai pendek sebagai calon.-BH Online