Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kerajaan Perpaduan tidak pernah menahan wartawan atau menutup penerbitan mana-mana akhbar, tegas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, tidak menjadi masalah untuk sesiapa mengkritik kerajaan, namun perlu membezakan antara kebebasan bersuara dan memfitnah.

“Setakat ini belum ada wartawan yang ditahan seperti mana pernah berlaku dahulu, setakat ini tidak ada satu akhbar ditutup oleh kerajaan, setakat ini mana-mana wartawan yang menulis laporan, (boleh) terus menulis laporan.

“Kita membezakan kebebasan bersuara dengan kebebasan memfitnah, tidak menjadi masalah untuk mengkritik kerajaan, tetapi untuk mengada-adakan cerita seolah-olah Perdana Menteri ada penyakit, itu fitnah jahat yang dibuat beberapa individu pada bulan Ramadan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan dikeluarkan oleh Amnesty International yang mendakwa kerajaan gagal memberikan komitmen untuk menambah baik undang-undang yang mengekang kebebasan bersuara, mengancam ruang awam dan terus melanggar hak asasi manusia.-BH Online