Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Bandar Utama Batang Kali di sini.

Beliau yang tiba di masjid itu pada 12.24 tengah hari, disambut bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah.

Anwar bersama hampir 500 jemaah lain turut mendengar khutbah bertajuk “Bagaimana Kita Menyambut Syawal?” bersempena dengan Aidilfitri, sebelum menunaikan solat Jumaat.

Terdahulu, Anwar turut makan tengah hari bersama rakyat setempat dan meluangkan masa beramah mesra dengan pengurusan masjid serta jemaah pada jamuan hari raya yang diadakan di pekarangan masjid itu.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan.

Jamuan itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu pelbagai kaum yang berpakaian berwarna-warni, sekali gus memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri hari ini. – BERNAMA