Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan enam perkhidmatan tren ETS tambahan, bermula dari 4 hingga 15 April depan bagi memenuhi permintaan pengguna sempena Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, tiket itu mula dijual petang ini dengan jumlah keseluruhan tiket tambahan ETS sebanyak 15,120 tiket.

Laluan yang terlibat ialah dua perkhidmatan laluan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral; dua perkhidmatan laluan KL Sentral-Butterworth-KL Sentral serta dua perkhidmatan ekspress laluan KL Sentral-Ipoh-KL Sentral.

“Khusus buat mereka yang akan pulang ke Pantai Timur, KTMB turut menyediakan dua (2) perjalanan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) pergi dan balik yang akan beroperasi dari stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya. Sebanyak 952 tiket ditawarkan untuk perkhidmatan khas ini,” katanya dalam sidang media di sini.

Pembelian boleh dibuat menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan juga di kiosk tiket yang tersedia di semua stesen utama KTMB.-Berita RTM