Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kira-kira 80 peratus daripada 3,903 permohonan kewarganegaraan secara pendaftaran sudah diluluskan. 

Menteri Dalam Negeri (KDN), Saifuddin Nasution Ismail, berkata setakat 7 Mac semua permohonan bagi katogori anak lahir oleh ibu warga negara Malaysia di luar negara selesai diproses.

Menurutnya, permohonan yang diluluskan itu ialah permohonan yang sudah menerima notis Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pengeluaran sijil dan dokumen kewarganegaraan.

“Bagi kes anak yang lahir di luar negara ibunya warganegara ini apabila Perlembagaan Persekutuan dipinda mereka akan mendapat kewargnegaraan secara kuat kuasa Undang- Undang 14 (1) b,” katanya selepas Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di sini hari ini.

Saifuddin menyerahkan taraf kewarganegaraan kepada 35 orang kanak-kanak.

Saifuddin berkata, terdapat permohonan yang ditolak disebabkan tidak lengkap dan menggunakan dokumen palsu.-BH Online