Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) mengembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pasaran ini adalah di bawah bidang kuasa Matrade Paris.

“Malaysia serius dalam usahanya meningkatkan perdagangan antarabangsa,” katanya dalam hantaran di laman X miliknya, hari ini.

Pada 2023, Perancis muncul sebagai rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dalam Kesatuan Eropah, dengan perdagangan dua hala berjumlah EUR3.41 bilion.

“Saya yakin pengembangan pejabat Matrade Paris ini akan mengukuhkan lagi usaha mendekatkan pemain industri di negara-negara bawah seliaannya dengan syarikat Malaysia,” katanya.-Bernama