Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dirujuk ke jabatan kecemasan hospital pada awal pagi ini kerana disyaki mengalami gejala renal colic. 

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya, memaklumkan Dr Dzulkefly kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” katanya.

Berdasarkan carian, Renal Colic atau dipanggil kolik buah pinggang, berlaku disebabkan oleh batu karang mula bergerak ke bahagian ureter.

Pergerakan batu itu yang mula memasuki kawasan sempit lantas mengakibatkan penyumbatan pengaliran air kencing.

Kesakitan akan mula dirasai membabitkan kawasan di sekitar ari-ari, perut, pinggang dan punggung.-BH Online