Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Raja Norway, Raja Harald V dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha Pulau Langkawi, Kedah sejak semalam akibat mengalami jangkitan berkaitan respiratori dan jantung.

Menurut portal berita antarabangsa, Raja berusia 87 tahun itu dalam lawatan peribadi ke beberapa negara di Asia Tenggara sebelum jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital di Malaysia.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja telah jatuh sakit ketika percutiannya di Malaysia, dan dimasukkan ke hospital di sana kerana mengalami jangkitan.

“Raja mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway,” lapor portal itu.

Terdahulu, Raja Harald pernah menjalani pembedahan jantung.

Baginda merupakan raja tertua yang masih hidup di Eropah dan telah menjadi ketua negara istiadat Norway sejak tahun 1991. – KOSMO! ONLIN