Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merancang untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di setiap negeri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, fasiliti penginapan sementara kepada waris pesakit yang kurang berkemampuan itu dapat membantu meringankan bebanan mereka dari segi kos menyewa hotel atau pengangkutan.

Menurut beliau, keperluan Anjung Kasih bagaimanapun berbeza di setiap negeri seperti Sabah atau Sarawak kerana kawasan penempatan yang luas melibatkan kawasan pedalaman.

Menurut beliau, keperluan Anjung Kasih bagaimanapun berbeza di setiap negeri seperti Sabah atau Sarawak kerana kawasan penempatan yang luas melibatkan kawasan pedalaman.

Nancy yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN berkata, Anjung Kasih YKN membantu menjimatkan kos penginapan waris atau keluarga pesakit dengan purata antara RM100 hingga RM150 sehari.

Beliau berkata, inisiatif itu memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Katanya, setakat ini, seramai 96,338 pesakit dan waris pesakit yang menjalani rawatan di hospital-hospital kerajaan menerima manfaat projek Anjung Kasih YKN.

“Sebanyak 19 rumah Anjung Kasih yang beroperasi di seluruh negara dengan terbaharu di HRPZ II yang diwujudkan melalui tajaan TNB berjumlah RM1.5 juta.

“TNB menyumbang dan berkolaborasi dengan menaja sebanyak tiga Better Brighter Anjung Kasih YKN termasuk di Hospital Serdang dan Hospital Melaka,” katanya.

Tambah beliau, Anjung Kasih YKN ialah tempat penginapan sementara untuk golongan yang memerlukan khususnya keluarga atau waris pesakit yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel namun berkeperluan untuk mengiringi dan menjaga pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

“Perkhidmatan Anjung Kasih ini dibina dengan konsep selesa, selamat dan berkualiti demi memastikan kebajikan golongan sasar terjamin,” katanya.-Sinar Harian