Sorting by

×

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Muda, Kapar di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.56 tengah hari tadi.

“Kita sampai di lokasi kejadian dan mengesahkan pesawat ringan jenis ‘Air Craft Aviation Safety Technology’ itu terhempas dan terbakar.

“Kerja mencari mangsa sedang dijalankan dan jumlah mangsa masih belum diketahui,” katanya.