Sorting by

×

Peranan radio sebagai alat penyampaian maklumat, hiburan dan pendidikan ke setiap pelosok masyarakat sememangnya sukar dinafikan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyampaikan penghargaan tersebut bersempena sambutan Hari Radio Sedunia hari ini.

“Seabad menyampai maklumat, menghibur dan mendidik,” kata Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menerusi catatan di akaun X beliau.

Hari Radio Sedunia disambut pada 13 Feb setiap tahun bagi menghargai peranan radio sebagai medium penyampai maklumat selain menjadi platform hiburan dan industri muzik di seluruh dunia.-Astro Awani