Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak tanah air, Allahyarham Khalid Ali yang meninggal dunia petang tadi.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, Datuk Seri Anwar juga berharap agar keluarga arwah Khalid sabar dan tabah diatas kehilangan ini.
“Terkenang kehebatan Allahyarham ketika menyarung jersi kebangsaan, terutama ketika membantu skuad kebangsaan layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow. Terima kasih atas jasa dan usaha mengharumkan nama negara.
“Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,”katanya dalam hantaran tersebut.-Berita RTM