Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kerajaan Negeri Sembilan komited mendukung hasrat Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif dan langkah untuk menyusun semula struktur ekonomi negara terutama dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar. 

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, usaha itu dapat dibuktikan menerusi pencapaian kerajaan negeri yang berjaya mencapai sifar miskin tegar pada tahun 2023.

“Kejayaan ini adalah bukti dan hasil kolaborasi strategik yang baikantara agensinoerseketuan negeri dengan menjadikan kemiskinan sebagai agenda wajib dalam mesyuarat majlis tindakan pembangunan negeri.

“Penubuhan pasukan petugas pembasmian kemiskinan tegar mengaktifkan fungsi fokus kumpulan jawatankuasa daerah (FGE) dan melaksanakan kaunter bergerak e-kasih bersama-sama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS),” katanya dalam Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Kementerian Kewangan Malaysia bersama Kerajaan-Kerajaan Negeri di sini.

Selain itu kerajaan negeri turut memperkasa semua badan berkanun dan anak-anak syarikat bawah pelbagai program yang akan mendatangkan keuntungan kepada pihak terlibat sekali gus memberikan pulangan dalam bentuk hasil kepada kerajaan negeri.

Majlis makan malam turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Malaysia Datuk Zamzuri Abdul Aziz dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.-Berita RTM