Sorting by

×

Pakatan Harapan (PH) perlu melakukan pendekatan luar dari kebiasaan dalam usaha meletakkan negara kembali pada landasan tepat.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Pemukiman PH 2024 akan menjadi medan bagi menggerakkan agenda rakyat serta mempertingkatkan naratif penerangan.

“Sewaktu ucapan pembukaan selaku Ketua Setiausaha PH, saya singgung beberapa perincian yang perlu diberi tumpuan khusus oleh rakan-rakan pimpinan. 

“Ketika situasi cukup mencabar dalam usaha meletakkan negara kembali di atas landasan yang tepat, pendekatan Pakatan Harapan juga perlu lebih dari kebiasaan.

“Insya-Allah muafakat persahabatan ini kita perkukuhkan dan jalan ke hadapan bagi menggerakkan agenda rakyat serta naratif penerangan mesti dipertingkatkan,” katanya yang juga Setiausaha Agung PKR.

Pemukiman PH berlangsung dua hari bermula semalam di Putrajaya dan melibatkan pimpinan utama parti-parti komponen dalam PH. – Bernama