Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Malaysia terus menyatakan pendirian dan usaha berterusan membantu menegakkan keadilan di bumi Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menerima kunjungan tokoh pemikir Islam berasal dari Kuwait, Syeikh Tareq Al-Suwaidan.

Katanya, Syeikh Tareq berada di Malaysia bagi menghadiri beberapa siri perkongsian ilmu khususnya terkait kepakaran beliau dalam bidang kepimpinan, perancangan strategik dan pengurusan.

“Saya turut berkongsi pandangan tentang konsep MADANI yang dibawa oleh kerajaan ini yang menekankan pendekatan berimbang serta komitmen memerangi penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pimpinan.

“Saya turut zahirkan penghargaan atas usaha Syeikh Tareq melalui mesej-mesej positif yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda,” kata Anwar menerusi Facebook.-Berita RTM