Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Tiada keputusan akan dimuktamad dalam masa terdekat berhubung permohonan menurunkan tayangan dokumentari ‘Man On The Run’ daripada platform penstriman NETFLIX di negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata permohonan yang dikemuka Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan segera dibincangkan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk meneliti dari sudut perundangan.

“Ada beberapa pandangan awal yang telah disampaikan MCMC tetapi saya rasa ianya perlu diberikan beberapa pertimbangan yang berlandaskan undang-undang kerana ia melibatkan kes Mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pameran seni seramik Raaqoo Life Magnified-The Main Show oleh Adil Ghani, di sini.

Surat permohonan mengenainya diserah peguam bekas Perdana Menteri itu kepada Fahmi dan MCMC, Khamis lalu.-Berita RTM