Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi menolak dakwaan bahawa berlaku kemelut politik di Sabah.

Tegas Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, kedatangannya ke Sabah adalah semata-mata bagi merasmikan program peluncuran pembangunan kadamaian sempena Sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2024 kadamaian.

Beliau menyatakan demikian kepada media ketika mengulas dakwaan bahawa kehadirannya ke Sabah adalah untuk menyelesaikan kemelut politik di Sabah.

Zahid bagaimanapun mengakui ada mengadakan pertemuan bersama pemimpin UMNO Sabah bagi mengemaskini beberapa kerja politik terutama dalam penyusunan struktur jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan pada penghujung 2025.

“Jadi, jangan ada pihak membuat analisis atau membuat spekulasi bahawa sesuatu sedang berlaku di Sabah”,katanya ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Kedamaian sempena Rumah Terbuka Sambutan Krismas Kedamaian 2023 di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO dan Barisan Nasional sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik bagi mengukuhkan Kerajaan Madani di peringkat Pusat.-Berita RTM