Sorting by

×

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyediakan tayangan skrin besar di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi ketiga-tiga perlawanan Malaysia dalam aksi peringkat Kumpulan E pada saingan Piala Asia Qatar 2023.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyeru agar semua penyokong Harimau Malaya dapat hadir bagi memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya pada saingan Piala Asia itu.

Beliau berkata, kejayaan anak buah Kim Pan Gon menamatkan penantian 42 tahun, layak secara merit ke saingan Piala Asia itu merupakan satu prestasi yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya di Qatar sekarang penantian lebih 40 tahun ini merupakan satu prestasi yang amat membanggakan semua rakyat Malaysia.

“Ingat bila anda masuk padang nanti jika anda fikirkan anda boleh, anda pasti boleh melakukan yang terbaik. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga jurulatih Kim Pan Gon atas usaha anda dalam membantu pasukan Harimau Malaya,” katanya menerusi klip video kepada media hari ini.

Skuad Harimau Malaya bakal membuka saingan Kumpulan E menentang Jordan pada 16 Januari di Qatar.

Selain Jordan, Harimau Malaysia dijadual berdepan tugas getir apabila diundi dalam Kumpulan E bersama juara dua kali, Korea Selatan dan Bahrain.-Berita RTM