Sorting by

×

Tiada rakyat Malaysia di Jepun yang terjejas dalam kejadian gempa bumi dan kemalangan pesawat di Lapangan Terbang Haneda Tokyo.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau sentiasa berhubung rapat dengan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur dan rakan sejawatnya di Tokyo bagi memantau perkembangan terkini.

“Tidak ada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden di Lapangan Terbang Haneda Tokyo dan di kawasan gempa bumi itu ada rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar kita yang tinggal di situ tetapi tidak ada yang terjejas dan mereka semuanya selamat dan tidak ada apa-apa kemalangan menimpa rakyat kita di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia Fasa Kedua di bawah Inisiatif Diplomasi Budaya, di sini.

Tambah Mohamad, Malaysia bersedia menawarkan apa sahaja bentuk bantuan dan sokongan kepada Jepun sekiranya diperlukan.-Berita RTM