Sorting by

×

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan dilancarkan Selasa ini membolehkan kerajaan mengenal pasti rakyat yang benar-benar layak untuk menerima subsidi bersasar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata sistem itu juga akan mengenal pasti pelbagai faktor lain antaranya bilangan tanggungan dan bukan hanya jumlah pendapatan atau tahap isi rumah sama ada B40, M40 atau T20.

Justeru katanya ia membolehkan kerajaan memastikan subsidi yang diberikan sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan, bukan diseleweng pihak tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan.

“Kita mahu subsidi kerajaan, tahun ini sahaja mencecah RM81 bilion, disampaikan adil atau diberi timbal balik melalui bantuan sosial kepada rakyat memerlukan.

“Pertimbangan dan penentuan jumlah bantuan sosial kepada rakyat memerlukan ini akan berpandukan kepada data PADU.

mua rakyat mengesahkan serta mengemas kini data sejurus PADU dilancarkan dan tidak menunggu saat akhir untuk berbuat demikian.

Beliau berkata kerajaan komited untuk melaksanakan dasar subsidi bersasar yang akan hadir bersama jaminan bantuan sosial termasuk bantuan tunai yang akan ditentukan jumlahnya kemudian.

Pelaksanaan dasar subsidi bersasar itu katanya tidak bermaksud bahawa subsidi akan ditarik sepenuhnya, sebaliknya ia melibatkan reformasi dalam pemberian subsidi dan bantuan sosial kepada rakyat.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited untuk membantu kerajaan melaksanakan agenda subsidi bersasar dengan komitmen bahawa dasar ini akan hadir bersama jaminan bantuan sosial kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.-Bernama