Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Proses pendaftaran Identiti Digital Nasional atau MyDigital ID membabitkan seramai 1.6 juta orang penjawat awam sedang giat dilaksanakan, sebelum ia dibuka kepada umum, Mac tahun hadapan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata usaha itu membuktikan bahawa kerajaan bersedia untuk proses pendigitalan serta mengadaptasi penggunaan teknologi baharu dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan efisyen kepada rakyat.

“Harapan saya kita akan dapat pertingkatkan pendaftaran bagi sistem MyDigital ID yang merupakan sistem dimana kita cuma buat pendaftaran sekali sahaja dan selepas ini semua aplikasi yang diusahakan oleh kerajaan dan kementerian diikuti juga dengan bank-bank menggunakan ID yang sama daripada MyDigital ID.

“Setakat ini saya lihat usahanya berjalan dengan baik tetapi akan dipertingkat dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau pelaksanaan Program Pendaftaran MyDigital ID warga Kementerian Komunikasi yang diadakan dengan kerjasama MIMOS Berhad, di sini.

Tambah Fahmi, Jabatan Penerangan (JAPEN) terutamanya di peringkat negeri turut diminta untuk mengaktifkan “Info On Wheels” (IOW) dan membuat sebaran awam tentang Pendaftaran sistem Mydigital ID kepada orang awam.-Berita RTM