Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ucapan perayaan pada produk termasuk kek di dalam premis yang dipersijilkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah dibenarkan.

Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM menjelaskan perkara itu susulan tular di media sosial berkenaan isu larangan ucapan ‘Merry Christmas’ pada produk kek.

Ia berikutan dakwaan terdapat memorandum dari Syarikat Berry’s bertarikh 14 Disember lalu bertajuk ‘Not Allowed To Write The Word of Merry Christmas or X’Mas On Cakes’.

JAKIM memaklumkan bahawa ia adalah isu berbangkit dan pernah dijawab oleh pihak JAKIM pada 25 Disember 2020 dan 1 November lalu.

“Sekali lagi ingin dimaklumkan bahawa tiada halangan bagi premis pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menulis sebarang bentuk tulisan berkaitan ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya,” menurut kenyataan.

Justeru, semua pemegang SPHM dinasihat untuk merujuk kepada JAKIM atau JAIN/MAIN terlebih dahulu jika terdapat sebarang kekeliruan berkaitan pensijilan halal Malaysia.

Sementara itu, orang ramai boleh mendapatkan penjelasan berkenaan isu halal yang tular di media sosial melalui laman sesawang Bahagian Pengurusan Halal JAKIM.-Berita RTM