Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Gerakan Islam perlu bekerja lebih kuat, bersungguh-sungguh dan tersusun dalam memberi penerangan kepada umat.
Menerusi catatan di Facebook hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tatkala ilmu yang terbatas serta asakan pemikiran Barat yang kuat, gerakan ini perlu menumpukan pengisian dari sudut peningkatan kefahaman mendalam.

Perkara itu disampaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Makan Malam dan Pidato Melakar Nahdah Ummah bersempena Ijtimak Harakiy Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Putrajaya, malam tadi.

“Susulan cabaran semasa, nahdah atau kebangkitan dengan kesedaran dan pencerdasan, menjadikan ia tanggungjawab lebih berat. Kita harus bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh memberi pencerahan kepada umat,” katanya.

Perdana Menteri turut mengekspresi penghargaan atas kehadiran senior aktivis sewaktu dengannya yang setia dengan perjuangan gerakan dakwah, pelajar dan belia pada majlis itu, yang turut dihadiri isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar merupakan bekas Presiden ABIM. – BERNAMA