Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI membuka tirai di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Selain itu, program itu yang menyasarkan 200,000 pengunjung juga bertujuan meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.null
Bukan itu sahaja, pelbagai tarikan juga menanti pengunjung termasuk kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM), kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kaunter pendaftaran Program Cuti-cuti Cikgu dan kaunter wang tidak dituntut (JANM).
Program berlangsung selama tiga hari hingga Ahad ini bertujuan menyebar luas dan mempromosi dasar-dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan sejak mengambil alih pentabiran negara pada 24 Nov 2022.
Selain itu, program itu yang menyasarkan 200,000 pengunjung juga bertujuan meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.null
Bukan itu sahaja, pelbagai tarikan juga menanti pengunjung termasuk kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM), kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kaunter pendaftaran Program Cuti-cuti Cikgu dan kaunter wang tidak dituntut (JANM).
Setiap kementerian juga akan membuka reruai dengan program khas seperti saringan kanser payudara dan kanser serviks, Jualan Mega MADANI, klinik pergigian dan klinik kesihatan am bergerak, kaunter cetakan semula Sijil Peperiksaan Awam, Jualan Rahmah, saringan kesihatan percuma dan cabutan bertuah.null
Program di pekarangan stadium itu juga akan turut diisi pameran pelbagai aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
ATM akan membawa aset strategik dan kenderaan ringan, APM menampilkan jentera Fire RescueTender (FRT) dan Special Rescue Vehicle (SRV) manakala JBPM akan mempamerkan Water Rescue Vehicle, Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan bot penyelamat.
Pencerapan matahari menggunakan teleskop, persembahan interaktif Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dron dan robot kancil serta pertunjukan Sains Bara Membara dan Ekplorasi Angkasa From Earth to Universe juga akan disediakan di program tersebut.
Penganjuran program yang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.
Kemuncak program tersebut merupakan majlis perasmian penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Dis dan akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan.
Program bukan keramaian tapi pelaporan kepada rakyat
Anwar sebelum ini dilapor berkata program tersebut bukanlah keramaian tetapi untuk melaporkan kepada rakyat apa yang sudah dilakukan selain mendapat manfaat daripada perkhidmatan setiap kementerian.
“Namanya karnival tetapi bagi saya laporan dan kemudahan. Bukan nak kata kejayaan luar biasa pun tidak. Satu tahun kita harus terima dengan lebih tawaduk. Ada perikemanusiaan untuk terima bahawa ada keterbatasannya.
“Tetapi ini akan mempamerkan apa yang dilakukan oleh kementerian masing-masing. Penjualan Rahmah di situ. Ambil masa dan lihat sendiri penjelasan dan manfaat kepada pengunjung,” katanya.
Program anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) itu turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai kementerian dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta pemegang taruh. – BERNAMA