Perdana Menteri hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Mengenai Hala Tuju Sektor Pelancongan Negara yang diselaraskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peladangan dan Komoditi, YAB Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya YB Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli, Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Seri Khaled Nordin dan Menteri Kesihatan YB Dr Zaliha.
Mesyuarat yang berlangsung hari ini adalah susulan daripada pengumuman Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang akan datang dimana fokus utama adalah kepada pelancongan lestari yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Kerajaan juga akan terus melaksanakan Pelan Liberalisasi Visa dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang akan datang.
Dalam pada itu, Anwar berkata, hasil mesyuarat ini akan dipantau oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan Dan Kebudayaan (JKPK) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan Dan Komoditi YAB Datuk Seri Fadillah Yusof.
Perdana Menteri berharap agar sektor pelancongan negara akan terus berkembang dan cemerlang dimasa akan datang.-Media Perpaduan