Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi sudah bersetuju untuk membenarkan sehingga 20 trak bantuan kemanusiaan melalui pintu Rafah memasuki Semenanjung Gaza.

Bercakap kepada pemberita pada Rabu sebaik turun dari Air Force One selepas perjalanan pulangnya dari Israel, Biden berkata al-Sisi berhak mendapat banyak pujian untuk perjanjian itu.

Biden dilaporkan Anadolu berkata Presiden Mesir dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ‘mempertingkat’ untuk memudahkan penghantaran yang belum selesai.

Menurutnya, beliau sangat terus terang mengenai keperluan untuk saluran bantuan kemanusiaan ke Gaza semasa pertemuannya dengan Netanyahu awal Rabu.

Gaza sudah pun mengalami krisis kemanusiaan yang teruk tanpa bekalan elektrik, manakala bekalan air, makanan, bahan api dan perubatan kehabisan.

Menurutnya, beliau sangat terus terang mengenai keperluan untuk saluran bantuan kemanusiaan ke Gaza semasa pertemuannya dengan Netanyahu awal Rabu.

Gaza sudah pun mengalami krisis kemanusiaan yang teruk tanpa bekalan elektrik, manakala bekalan air, makanan, bahan api dan perubatan kehabisan. – Harian Metro