Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

DATUK Seri Anwar Ibrahim tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia.

Perdana Menteri menduduki tangga ke-11 dalam edisi terbaru The Muslim 500: The world’s 500 most influential Muslim 2024.

Menerusi kategori ‘Penghargaan Terhormat’ meletakkan Anwar di belakang Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menduduki tempat kesembilan dalam senarai itu.

Individu dipilih berdasarkan pelbagai bidang termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik serta melakukan perubahan memberi impak kepada dunia Islam atau penganutnya.

Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 pada 24 November lalu yang membentuk Kerajaan Perpaduan bersama BN, GRS, GPS dan Warisan. -Media Perpaduan