Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

STOK beras putih tempatan kembali stabil di pasaran pada minggu ini berbanding minggu lepas, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Menurutnya, pengurangan pembelian panik telah menyebabkan bekalan kembali stabil di pasaran.

“Saya mendapati di pusat operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 400 tan metrik sebulan beras tempatan dan tambahan 1,100 tan metrik lagi bagi agihan melalui semua jaringan FAMA bagi menampung keperluan,” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Rabies Sedunia 2023 di ibu negara, hari ini.

Foong Hin menegaskan, pihaknya tidak mahu ‘tangan ghaib’, yang dikatakan mengambil kesempatan, dipolitikkan.

Beliau menjelaskan, ratusan operasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mendapati tiada kesalahan atau penyelewengan berlaku.

“Kita sepatutnya mencurahkan tenaga untuk isu yang lebih spesifik seperti isu logistik, pengagihan dan stok beras tempatan yang lebih efisien dan efektif,” katanya. -Media Perpaduan