Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SEMANGAT tidak mengalah dan mudah menyerah dipamerkan skuad skuasy wanita negara sekaligus menghadiahkan emas ketiga buat kontinjen negara pada temasya Sukan Asia Hangzhou, hari ini.

Semangat melawan luar biasa dipamerkan pemain negara menewaskan juara bertahan Hong Kong 2-1 pada acara final berpasukan sebentar tadi.

Perjuangan negara sedikit terjejas apabila Rachel Arnold selaku perseorangan pertama tewas kepada Tong Tze Wing meskipun telah bermati-matian dalam pertarungan lima set sebelum akur 11-7, 7-11, 11-8, 8-11, 6-11.

Kekalahan Rachel itu bagaimanapun tidak melemahkan semangat S Sivasangari yang tampil selaku perseorangan kedua untuk mengikat kedudukan satu sama selepas mudah menewaskan Ho Tze Lok 11-5, 11-8 dan 11-6.

Aksi penentuan menyaksikan Aifa Azman tampil selaku perseorangan ketiga menentang Chan Sin Yuk.

Menang dua set awal 11-5 dan 11-8, Malaysia cemas seketika apabila Sin Yuk menang set ketiga 13-11.

Begitupun Aifa tetap beraksi tenang menang set keempat 11-8 untuk memastikan kemenangan 2-1 pasukan negara dan emas milik Malaysia. -Media Perpaduan