Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan siasatan ke atas projek percetakan buku J-QAF yang bernilai RM80 juta dilakukan susulan pertelingkahan Ahli Parlimen Putrajaya Radzi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 19 September lalu.

Sebaliknya Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki menegaskan, siasatan kes yang berkait rapat dengan bekas Menteri Pendidikan itu telah dilakukan bermula sebulan yang lalu sekali gus menepis dakwaan siasatan dilakukan selepas insiden kekecohan di Dewan Rakyat minggu lalu.

“Kita telah mulakan siasatan membabitkan kes ini kira-kira sebulan sebelum ini.

“Laporan yang dibuat oleh sekumpulan individu baru-baru ini hanya maklumat tambahan yang boleh diambil kira SPRM,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Khamis lalu, laporan SPRM telah dibuat Umno Wilayah Persekutuan berhubung sebaran tular di media sosial yang mengaitkan Radzi dalam projek pencetakan buku J-QAF tersebut.

Pada masa sama, Azam menegaskan, SPRM berkecuali dalam melakukan siasatan tanpa tekanan daripada sebarang pihak.

Jelasnya, tarikh untuk memanggil Radzi untuk siasatan akan ditentukan oleh pegawai penyiasat.

Setakat ini, lima saksi telah pun dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes ini termasuk dua individu yang salah seorang daripadanya ialah setiausaha politik Radzi yang ditahan Ahad lalu.

Susulan itu, Radzi telah membuat kenyataan penafian penglibatannya dalam projek yang dirunding terus itu. -Media Perpaduan