Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

AHLI Parlimen Pulai Suhaizan Kayat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat, hari ini.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul sebelum bermulanya sesi penggulungan kementerian bagi Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12).

Pada PRK Pulai, Suhaizan mempertahankan kemenangan Pakatan Harapan (PH) padadengan majoriti 18,641 undi.

Bekas Speaker DUN Johor itu meraih 48,283 undi menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 29,642 undi, manakala Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas pula meraih 528.

Dalam pada itu, Johari dalam ucapannya berharap Suhaizan akan menjalankan tugas dengan tanggungjawab termasuk menunjukkan tingkah laku terpuji semasa mengetengahkan isu rakyat dan negara.

“Adalah penting demi menjaga nama Dewan Rakyat yang mulia agar ia sentiasa terpelihara.

“Ahli-ahli yang berhormat hendaklah menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan Dewan yang mulia ini sebagai medan politik kumpulan mahupun individu,” katanya. -Media Perpaduan