Kesemua 40 ADUN Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan mereka pada hari ini.
Ia didahului oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota) disusuli Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Profesor Mohamad Abdul Hamid (PKR-Batu Maung) dan Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat).
Turut mengangkat sumpah hari adalah 11 orang ADUN pembangkang iaitu Mohd Yusni Mat Piah (Pas-Penaga); Mohd Sobri Saleh (Pas-Permatang Berangan); Bukhori Ghazali (Pas-Pinang Tunggal); Muhammad Fauzi Yusoff (Pas-Sungai Dua); Azmi Alang (Bersatu-Telok Ayer Tawar); Mohamad Shukor Zakariah (Pas-Pulau Betong); Muhamad Kasim (Bersatu- Telok Bahang); Nor Zamri Latiff (Pas-Sungai Bakap); Zulkefli Bakar (Bersatu-Penanti), Izhar Shah Arif Shah (Bersatu-Seberang Jaya) dan Amir Hamzah Abdul Hashim (Pas-Permatang Pasir).
Dalam perkembangan berkaitan Law Choo Kiang telah dilantik sebagai speaker DUN untuk penggal ketiga.
Azrul Mahathir Aziz (PH-Bayan Lepas) yang merupakan wakil tunggal Amanah, dilantik sebagai timbalan speaker.