Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi mencabar pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin menunjukkan teladan baik dalam kes melibatkan menantu Mahiaddin, Adlan Bernan.

“Adlan Bernan dan Mansoor Saat lari sejak bulan Mei. Kenapa Mansoor turut lari. Rahsia apa?

“Sepatutnya Mahiaddin dengan slogan PN-Best tunjuk teladan yang baik. Dia masih mahu jadi PM? Suruhlah menantu balik. Takut apa kalau tidak bersalah.”

Puad turut menyatakan bahawa kebisuan Mahiaddin memalukan Perikatan Nasional.

“Pernahkah anak anak bekas PM melarikan diri? Muhyiddin dicabar buat kenyataan terbuka. Jangan malukan PN-BEST (Perihatin, Bersih, Stabil).”

Ini bukan kali pertama Mahiaddin digesa untuk menunjukkan teladan baik.

Adlan Bernan dan peguam Mansoor Saat dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan mereka terhadap syarikat yang memperoleh projek pembangunan sistem data biometrik pekerja asing – NERS Sdn Bhd.